Wednesday, March 27, 2013

Hantaran 59 (Green + Peach)

Baru la aku dapat mengupload gambar-gambar hantaran hari ni... sorry sangat-sangat kat korang yang menunggu hantaran baru dari koleksi aku... nak buat macam mane.... datang opiz pagi-pagi lagi keje dah ada depan mata... breakfast pun macam lipas kudung..
*kesian kat diri sendiri....*

Kali ni hantaran 59 ni bukan tempahan daripada sesiapa... cuma aku siapkan hantaran ni untuk photoshoot dengan Majalah Pengantin sesi bulan Mei 2013 nanti..  simple but nice.. sesuai sangat-sangat pada korang yang sukakan pada kesederhanaan tapi nampak elegan..

Sebenarnya ada 5 dulang hantaran... cuma, al-maklumlah, dengan kebizian tugas harian aku, merangkap kerja-kerja rumah, nak ke kenduri-kendara lagi, maka jadinya ada 2 dulang sahaja yang sempat aku snap.... Jadilah tu ye... kalau nak tengok banyak-banyak, jangan lupa ramai-ramai serbu kedai Pak Ali beli Majalah Pengantin bulan Mei 2013 ye!!

Hantaran ni aku guna 'artificial flowers' je.. atau dalam bahasa melayu nya Bunga Plastik.. meh sini aku nak share info sikit ye....

Bunga Artificial ni ada bermacam-macam gred.. korang ingat handbag je ada gred ke??? Bunga pun ade tauuuu... Kihkihkih..... Gred sama macam handbag jugak... Ada gred A, Gred AA, Gred Superb... harga pun mengikut gred jugak....... Perbezaan bunga pada gred ni, semestinya pada warna dan jugak lagi tinggi gred nya, lagi cantik dan nampak macam bunga hidup dah tau... kadang-kadang kalah bunga hidup!!

So, malas nak membebel panjang-panjang lagi, jom kite layan gambar-gambar yang mabeles ni >>>>

 
 
Gambar jarak dekat... sory, agak blur + gegar skit... quality camera tak memuaskan..
 
 
 
Cincin inside the glass bowl... Cantik kan??
 

 
Bowl cincin ni boleh tutup dan buka... ikut kreativiti korang
 

 
Tepak Sireh Tembaga... Klasik tapi nampak mewah
 

 
Cantik tak?? Ke x cantik?? Sila drop comment membina di bawah ni ye !
 

No comments: