Monday, May 20, 2013

Hantaran 63 ( Gold + Cream)

Salam Petang semua....!!!

Sorry la sangat-sangat sebab aku dah lama bebenor tak hapdep blog kesayangan ni... Aku tak sempat campur dengan baru je baik demam ni... sobb..sobbb....

Hari ni, untuk tidak menghampakan korang semua, aku nak hapdep 2 set hantaran yang ditempah oleh Yati dari Serdang...

Yati menempah sebanyak 2 set iaitu dari sebelah perempuan & sebelah lelaki... Sebelah lelaki warna temanya adalah Gold dan sebelah perempuan warna temanya adalah Silver...

Majlis kahwin Yati akan berlangsung di Kelantan, dan memang pilihannya adalah Artificial Flowers.. Majlisnya akan diadakan pada awal Jun ini... So, tu yang aku tak boleh tunda-tunda lagi... Kena buat cepat la gamaknya...

Hantaran kali ini memang agak nampak berbeza dengan yang pernah aku buat.... sebab semua barang termasuk bakul, bunga dan ribbon telah disediakan Yati... aku cuma tolong gubahkan sahaja...

Ok, jom kita layan apa yang ada................>>

Upah Gubahan
RM 20 Sedulang

Perfume Basket
 

 

Handbag & Shoes Basket
 


Sepasang Baju Kurung
 

 

Telekung Basket