Thursday, October 24, 2013

Gubahan Hantaran Garden Theme Cinderella Carriage Untuk Dijual !!

Huiiiiii.... untuk dijual ye... memang sangat comel dan cute gileerrrrr... cepat grab tau sebelum habis!!

 
Clearance Stock!!
Gubahan Cinderella Carriage Untuk Dijual!!
Quantity : 7 set
Price : RM385
After Less : RM355
Hurry up!!! Grab now!!
 
 
Contact Person : Tyra
Tel : 017-6938055
Status : SOLD
 
 
 
 
Status : SOLD

Tuesday, October 15, 2013

Bantal Hantaran Untuk Dijual

Assalamualaikum semua!!

Salam Aildiladha buat semua pengunjung blog kesayangan hamba ni^^

Sempena Hari Raya Aidiladha ni, Tyrazami Collection nak lelong bantal hantaran yang memang sangat cute gileeeeee... Dengan material baldu.. Alahai.... Superbbb soft sangat hokey...

Kalau minat tu cepat-cepat contact tau!! Ada 1 set shj... 

Bantal Hantaran Superbbb Cute!!
Quantity : 9 pcs
Price : RM180
Color : Pink Cute
Cepat Grab Sebelum Terlepas!!!!

Contact Person : Tyra
Contact Num : 017-6938055



Status : SOLD

Monday, October 14, 2013

Hantaran Fresh Flowers Medium Package (English Theme)

Haaaaaa.... hantaran kali ni aku ada mood... hehehehe..

Ditempah dari pelanggan di Putrajaya... Request nak english theme + ada gold sikit.. so, aku amik keputusan guna dulang gold ni la.. apa lagi kan..

Aku memang sangat senang hati bila deal dengan pelanggan macam ni... Bila diminta pendapat kita, aku keluarkan habis-habisan... dia juz follow je aku... Akhirnya memang tidak mengecewakan kedua-dua pihak... sangat berpuas hati dengan setiap dulang... Alhamdulillah.. Ameen..

Hasil gabungan anatran bunga roses peach+pink, diselitkan dengan baby flowers yang sangat cute tu... dan ditambah pula dengan cherry flowers, memang nampak sangat menawan hokeyyyy.... Dan untuk lebih menyerlah, aku tambahkan bunga kekwa yang sangat gojesssss dengan temanya..

Ada 9 dulang hantaran semuanya... kebanyakkannya semua makanan dan manisan... aku gunakan plate putih supaya nampak lebih ummpphh dengan hantaran ni...

Kalau ada yang berminat nak tempah, sila la contact saya ye..

Contact Person : Tyra
Tel : 017-6938055

Hantaran Fresh Flowers Medium Package (English Theme)
RM80 Sedulang







Hantaran 80 (Fresh Flowers Budget)

Waaaa.....!! Sedihnya...... Belum sempat siap entry dah nangis aku ni.... APTB..
 
Ada cerita disebalik entry kali ni.... agak sedih jugak la.... kecewa pun ada.... Tak apalah, biar aku simpan sendiri kenangan yang memang pahit gileeee tu... Rasanya, last deal dengan orang yang perangai cam ni...
 
Manusia memang pelik.. bila dah kita beri pendapat dari awal tak mau ikut... nak ikut pendapat sendiri... jadi, kalau hasil yang kurang memuaskan pun, nak disalahka kita ke ye???? Wat everrrrr....
 
Malas nak cerita banyak, layan je la gambar yang ada..... Tak ada feel kot nak sembang pasal hantaran ni.. :-( 
 
Hantaran 80 (Fresh Flowers Budget)
RM60 sedulang
 





Hantaran 79 (Sweet English Theme)


Seperti kebiasaannya, aku kalau dah mula hapdep entry, memang tak kan putus... hari ni, aku nak update semua entry koleksi hantaran yang ada... korang jangan miss hokey!!

Hantaran kali ni ditempah oleh kawan adik aku... dengan tema warna pink + white.. ala-ala english theme gitu.... Hantaran ni bukan untuk disewa.. aku cuma sediakan bunga dan caj perkhidmatan gubahan sahaja... Dulang hantaran pihak pengantin dah sediakan... Sedulang termasuk bunga harga caj sekitar RM20-RM40.. Bergantung jenis bunga dan kuantitinya..

Ada 5 dulang sahaja... Antara barang hantarannya:

1: Cek Hantaran
2: Gelang Tangan
3: Iphone
4: Bag Tangan & Jam
5: Perfume Set

Jom kita sama-sama layan gambar mana yang ada>>

Hantaran 79 (Sweet English Theme)


Perfume Tray



Gelang Tangan

Iphone Tray

Handbag + Watch Tray

Cheque Tray

Hand Bouquet by Tyrazami Collection

Haluuuuuuuu....

juz nak hapdep sikit, hand bouquet fresh flowers yang aku buat last 2 weeks.. sorry sangat lambat hapdep ye....

Agak bz lagi dengan planning 2014.

Kalau ada sesiapa yang berminat nak booking hand bouquet, silalah contact hakak niiiiii...

Hand bouquet Package :

Size S = RM85
Size M = RM120
Size L = RM150

* Harga tertakluk kepada jenis bunga dan Gred

Contact Person : Tyra
Contact Num : 017-6938055


oh my sweet roses.........



 
Mreah itu Cinta...



Cara-Cara Menggunakan Coklat Fountain

Salam semua...

Selamat pagi Isnin.... !!!

Apa planning korang semua cuti Raya Haji Esok ni? Berkelah? Tengok Wayang? Bercuti? Shopping? Window Shopping?? 

Ke korang nak buat Coklat Fountain tapi tak tau cara dan penggunaannya??? 

Meh sini aku nak kongsi apa yang aku tau dan hasil-hasil dari menggoggle tips-tips penjagaan Cokat Fountain...

1: Cara Memasang dan Memastikan Mesin Dalam Keadaan Baik
~ Cucuk Plug (JANGAN switch onn/hidupkan dulu)
~ Pasangkan Aluminimum Fountain dulu. Then baru masukkan rod (gelungan/batang) plastik ke dalam tapak fountain. (Kaedah ini dilakukan supaya rod dapat bergerak dengan baik)
~ Hidupkan switch 'Heat' selama lebih kurang  10 - 15 saat sahaja!. Dah panas, 'off' semula.
~ Hidupkan switch 'fountain' pula. Pastikan rod plastik boleh berpusing dan batang rod itu tidak terkena/melekat rapat pada aluminium fountain semasa berpusing.
~ Jika rod plastik tadi tak berpusing, kemungkinan ada lebihan coklat tersumbat. Cairkan coklat dulu (tekan 'Heat') , then pusingkan secara manual ikut arah jam. (Kalau tak cair juga, mungkin mesin dah short)
~ Final, kalau semuanya berjalan lancar, bermakna korang dah boleh gunakan mesin coklat fountain tadi.... Hooorraaayyyy!!!

2: Cara Mencairkan Coklat.
~ Ada banyak jenis coklat yang boleh digunakan untuk membuat coklat fountain. Termasuklah coklat bar, coklat coin, dan juga coklat yang boleh terus masuk dalam bowl mesin fountain (mahal sikit coklat ni)
~ Tapi, biasanya aku guna coklat coin Beryl's je....Sedap pun sedap.. Harganya tak mahal... 1kg dalam lingkungan bawah RM15.. Kenapa dipanggil coin?? Sebab bentuk dia bulat-bulat kecil.. Macam syiling.. Itu yang dipanggil coklat coin.  Coklat bar pula bentuk macam sekeping-sekeping besar... Leceh guna coklat bar sebab nak kena potong dan hancurkan kecil-kecil... Then ada beberapa bahan yang perlu ditambah kalau korang gunakan coklat bar.... My suggestion, pakai coklat coin je senang.....
~ Untuk mencairkan coklat, perlu gunakan kaedah 'double boiler'. Apa tu??? Maksudnya, korang kena cairkan dalam periuk yang dipanaskan dengan air panas. Kaedahnya dengan ambil satu periuk, masukkan air dan panaskan di atas dapur. Kemudian masukkan satu lagi periuk yang bersaiz kecil ke dalam periuk tadi. Kira periuk tu akan terapung atas air panas tu. Itulah yang dinamakan 'double boiler'.. Ni kaedah traditional.... Zaman sekarang ni dah siap ada jual periuk moden untuk 'double boiler' iaitu 'Coklat Melter'.. Senang sangat pakai mesin melter ni... Sekejap je coklat korang dah cair nanti...
~ Panaskan coklat sampailah betul-betul cair then masukkan 60ml minyak sayur/olive/jagung ke dalam coklat tu.... Kacau hingga sebati.. Tujuan masukkan minyak tu adalah nak cairkan dan nipiskan lagi coklat coin tu... Kaedah ni perlu dilakukan kalau korang semua pakai coklat coin... Kalau tak campur, coklat masih pekat. Susah mesin nak bergerak. Silap-silap boleh terbakar motor fountain. Kalau pakai coklat mahal tu, tak payah campur..terus je masuk dalam mesin.. Tapi harganya pun 2x ganda dari harga coklat coin.. Paham-paham la ye.
~ Kalau Mesin Coklat Fountain yang saiz S, hanya campurkan 2-5 sudu minyak sahaja...
~ Nak lebih ummphh, korang campurkan butter 1 sudu besar. Jangan masukkan sebarang bentuk cecair/air ke dalam mesin. Boleh rosak.
~ Pastikan sukatan korang betul sebab kalau salah nanti mesin boleh jammed...
~ Bila coklat dah betul-betul cair dan tak ada sebarang cebisan ketulan coin tu, korang dah boleh masukkan dalam bowl mesin. Tekan button 'Fountain'. (Sebelum tu jangan lupa gunakan teknik No.1 di atas. 'Heat' 10 saat terlebih dahulu then baru masukkan coklat ye).

3: Suhu Mesin dan Tempoh Guna Mesin Coklat Fountain
~ Switch Onn 'Heat' selama 15 SAAT minit selepas coklat dimasukkan.
~ Kemudian, 'off heat' dalam 20-30 minit.
~ Teruskan kaedah ni sehingga majlis habis.
~ Tempoh penggunaan mesin coklat fountain ni adalah maksimum 4 jam. Tapi korang TAK BOLEH run 4 jam secara berterusan. Perlu berhenti/rehat sejam. Maksudnya 2 jam 'onn fountain' , 2 jam 'off fountain'.

4: Cara Membasuh / Mencuci Coklat Fountain Dengan Betul
~ Lepas tamat majlis, 'off' mesin.
~ Tuangkan baki coklat dalam mangkuk lain/bersih.  Baki tetamu boleh makan dan cicah coklat dalam magkuk tu. Jangan buang. Membazir.
~ Tarik Aluminium dan Rod Fountain bersama perlahan-lahan. Kalau melekat, tarik 1-1. Masukkan ke dalam plastik bersih/bekas. Boleh dicuci kemudian dengan air suam.
~ Lapkan sehingga bersih lebihan coklat dalam bowl dengan menggunakan 'Wet Tissue'. Ada banyak jual kat kedai.. Pakai baby punya pun tak apa... Hehehehe... DILARANG mencuci bowl/mesin dengan AIR!!

Tamat sudah...

Sekian..........

Sharing is Caring... ❤❤

P/S : Saye juga menyediakan pakej sewa perkakasan nak buat choclates fountain. Murah je. Harga leh citer. Bole tgk link kat bawah ni ye :

http://tyrazamicollection.blogspot.com/2013/09/pakej-sewa-perkakasan-dan-barangan.html

Contact Person : Tyra
Call/ Whatsapp : 017-6938055

Thursday, October 10, 2013

Menjual Dulang Hantaran Murah... Berbaloi-Baloi...!!

Assalamualaikum Semua....

Wahhh..... Seminggu dah aku tak hapdep entry baru dalam blog ni.. Tak sempat la... Sebenarnya ada beberapa hantaran fresh flowers yang aku akan hapdep lagi.. Harap korang semua bersabar ye.. Usaha mengedit dan melabelkan gambar sedang dalam proses.. ^^

Pagi ni aku nak post entry jualan dulang-dulang hantaran yang nampak mewah tapi harga sangat berpatutan. Kalau rasa berkenan di hati, cepat-cepat la inform ye.. sebab dulang ni limited stock. Kalau lambat dah habis memang aku tak dapat nak tolong..

Jom ramai-ramai borong dulang cantik ni ye!!!

Click Stock Dulang Hantaran Yang Baru!! >> http://tyrazamicollection.blogspot.com/2014/07/menjual-dulang-hantaran-murah-dulang.html

Contact Person : Tyra
Contact Number : 017-6938055


Dulang Hantaran Cantik ST01
Price : RM21.90 (each)
Color : Silver
OUT OF STOCK!!
 

Dulang Hantaran Cantik SH01
Price : RM21.90 (each)
Color Available: Silver, Gold, Transparent
OUT OF STOCK!!
 


 
Dulang Hantaran Cantik KM011
Price : RM12 (each)
Colors: 6 colors available
OUT OF STOCK!!
 
 


Dulang Hantaran Kerawang
Price : RM17 (each)
Colors: Gold & Silver
Material : Plastic
STOCK AVAILABLE
 
 
Dulang Hantaran Berkaki Putih BK012
Price : RM28.50 (each)
Colors: Gold Brown & White
Type : Square & Circle
OUT OF STOCK!!
 
 
Dulang Hantaran Berkaki Putih BK013
Price : RM21.90 (each)
Color: White only
OUT OF STOCK!!
 
Dulang Hantaran Berkaki Putih BK013
Price : RM16 (each)
Color: White Only
 OUT OF STOCK!!
 
Dulang Hantaran Tinggi Vase TV011
Price : RM27 (each)
Colors: Gold Brown & White
Material : Plastic
STOCK AVAILABLE
  
Bantal Hantaran Purple Berkaki
Price : RM27 (each)
Color: Purple, Pink, Brown, Blue
OUT OF STOCK!!
 
Click Sini > Stock Baru Dulang Hantaran Berbaloi & Murah : http://tyrazamicollection.blogspot.com/2014/07/menjual-dulang-hantaran-murah-dulang.html