Monday, October 14, 2013

Cara-Cara Menggunakan Coklat Fountain

Salam semua...

Selamat pagi Isnin.... !!!

Apa planning korang semua cuti Raya Haji Esok ni? Berkelah? Tengok Wayang? Bercuti? Shopping? Window Shopping?? 

Ke korang nak buat Coklat Fountain tapi tak tau cara dan penggunaannya??? 

Meh sini aku nak kongsi apa yang aku tau dan hasil-hasil dari menggoggle tips-tips penjagaan Cokat Fountain...

1: Cara Memasang dan Memastikan Mesin Dalam Keadaan Baik
~ Cucuk Plug (JANGAN switch onn/hidupkan dulu)
~ Pasangkan Aluminimum Fountain dulu. Then baru masukkan rod (gelungan/batang) plastik ke dalam tapak fountain. (Kaedah ini dilakukan supaya rod dapat bergerak dengan baik)
~ Hidupkan switch 'Heat' selama lebih kurang  10 - 15 saat sahaja!. Dah panas, 'off' semula.
~ Hidupkan switch 'fountain' pula. Pastikan rod plastik boleh berpusing dan batang rod itu tidak terkena/melekat rapat pada aluminium fountain semasa berpusing.
~ Jika rod plastik tadi tak berpusing, kemungkinan ada lebihan coklat tersumbat. Cairkan coklat dulu (tekan 'Heat') , then pusingkan secara manual ikut arah jam. (Kalau tak cair juga, mungkin mesin dah short)
~ Final, kalau semuanya berjalan lancar, bermakna korang dah boleh gunakan mesin coklat fountain tadi.... Hooorraaayyyy!!!

2: Cara Mencairkan Coklat.
~ Ada banyak jenis coklat yang boleh digunakan untuk membuat coklat fountain. Termasuklah coklat bar, coklat coin, dan juga coklat yang boleh terus masuk dalam bowl mesin fountain (mahal sikit coklat ni)
~ Tapi, biasanya aku guna coklat coin Beryl's je....Sedap pun sedap.. Harganya tak mahal... 1kg dalam lingkungan bawah RM15.. Kenapa dipanggil coin?? Sebab bentuk dia bulat-bulat kecil.. Macam syiling.. Itu yang dipanggil coklat coin.  Coklat bar pula bentuk macam sekeping-sekeping besar... Leceh guna coklat bar sebab nak kena potong dan hancurkan kecil-kecil... Then ada beberapa bahan yang perlu ditambah kalau korang gunakan coklat bar.... My suggestion, pakai coklat coin je senang.....
~ Untuk mencairkan coklat, perlu gunakan kaedah 'double boiler'. Apa tu??? Maksudnya, korang kena cairkan dalam periuk yang dipanaskan dengan air panas. Kaedahnya dengan ambil satu periuk, masukkan air dan panaskan di atas dapur. Kemudian masukkan satu lagi periuk yang bersaiz kecil ke dalam periuk tadi. Kira periuk tu akan terapung atas air panas tu. Itulah yang dinamakan 'double boiler'.. Ni kaedah traditional.... Zaman sekarang ni dah siap ada jual periuk moden untuk 'double boiler' iaitu 'Coklat Melter'.. Senang sangat pakai mesin melter ni... Sekejap je coklat korang dah cair nanti...
~ Panaskan coklat sampailah betul-betul cair then masukkan 60ml minyak sayur/olive/jagung ke dalam coklat tu.... Kacau hingga sebati.. Tujuan masukkan minyak tu adalah nak cairkan dan nipiskan lagi coklat coin tu... Kaedah ni perlu dilakukan kalau korang semua pakai coklat coin... Kalau tak campur, coklat masih pekat. Susah mesin nak bergerak. Silap-silap boleh terbakar motor fountain. Kalau pakai coklat mahal tu, tak payah campur..terus je masuk dalam mesin.. Tapi harganya pun 2x ganda dari harga coklat coin.. Paham-paham la ye.
~ Kalau Mesin Coklat Fountain yang saiz S, hanya campurkan 2-5 sudu minyak sahaja...
~ Nak lebih ummphh, korang campurkan butter 1 sudu besar. Jangan masukkan sebarang bentuk cecair/air ke dalam mesin. Boleh rosak.
~ Pastikan sukatan korang betul sebab kalau salah nanti mesin boleh jammed...
~ Bila coklat dah betul-betul cair dan tak ada sebarang cebisan ketulan coin tu, korang dah boleh masukkan dalam bowl mesin. Tekan button 'Fountain'. (Sebelum tu jangan lupa gunakan teknik No.1 di atas. 'Heat' 10 saat terlebih dahulu then baru masukkan coklat ye).

3: Suhu Mesin dan Tempoh Guna Mesin Coklat Fountain
~ Switch Onn 'Heat' selama 15 SAAT minit selepas coklat dimasukkan.
~ Kemudian, 'off heat' dalam 20-30 minit.
~ Teruskan kaedah ni sehingga majlis habis.
~ Tempoh penggunaan mesin coklat fountain ni adalah maksimum 4 jam. Tapi korang TAK BOLEH run 4 jam secara berterusan. Perlu berhenti/rehat sejam. Maksudnya 2 jam 'onn fountain' , 2 jam 'off fountain'.

4: Cara Membasuh / Mencuci Coklat Fountain Dengan Betul
~ Lepas tamat majlis, 'off' mesin.
~ Tuangkan baki coklat dalam mangkuk lain/bersih.  Baki tetamu boleh makan dan cicah coklat dalam magkuk tu. Jangan buang. Membazir.
~ Tarik Aluminium dan Rod Fountain bersama perlahan-lahan. Kalau melekat, tarik 1-1. Masukkan ke dalam plastik bersih/bekas. Boleh dicuci kemudian dengan air suam.
~ Lapkan sehingga bersih lebihan coklat dalam bowl dengan menggunakan 'Wet Tissue'. Ada banyak jual kat kedai.. Pakai baby punya pun tak apa... Hehehehe... DILARANG mencuci bowl/mesin dengan AIR!!

Tamat sudah...

Sekian..........

Sharing is Caring... ❤❤

P/S : Saye juga menyediakan pakej sewa perkakasan nak buat choclates fountain. Murah je. Harga leh citer. Bole tgk link kat bawah ni ye :

http://tyrazamicollection.blogspot.com/2013/09/pakej-sewa-perkakasan-dan-barangan.html

Contact Person : Tyra
Call/ Whatsapp : 017-6938055

12 comments:

mida hani said...
This comment has been removed by the author.
mida hani said...

kt mn blh dptkn coklat khas utk fountain tu??

Tyra dan Zami (Tyrazami) said...

bole beli di kedai barangan membuat cake.. kalay kat Bangi beli kat Yummie.. Brand Beryl's..

kak Long said...

Mesin mmg tak boleh basuh ngn air yer??kalau lap ngn wet tissue xbahaya ker nak guna next time? Risau puler kite....

Azrey Morsidi said...

nk tnya sis guna dark coklat beryl's ke? knpe sya buat dia rasa pahit

Simaashamimi Hashim said...

Bangi kt seksyen bpe yer? Bleh bg landmark yg terdekat x?

sabariah said...

guna milk choc kalo beryls choc coins

Eita City Of Chocolate said...

Depan maybank ss9 bandar baru bangi..
Sebelah al ehsan..
Area masjid hijau bangi..atau dekat2 dgn az zahrah or an nur

Mimiey Izzati said...

Nk tnya apa beza bar dgn coin ye..?

Zamani Haziq said...

Coin tkyh potong chocolate bar dia kene potong dlu, leceh sikit

NORAINI SYAFINA MOHAMAD SOFI said...

Nak tnye nape ye sy cairkn coklat bar beryl's tp tak cair la...

NORAINI SYAFINA MOHAMAD SOFI said...

Nak tnye nape ye sy cairkn coklat bar beryl's tp tak cair la...